bantuan-sara-hidup-selfa-unisel

FAQ Biasiswa SELFA Unisel

Apa yang anda perlu tahu tentang Biasiswa SELFA-UNISEL

student 1-selfa

SELFA-UNISEL merupakan biasiswa yang ditawarkan oleh Universiti Selangor (UNISEL) bagi pelajar yang layak mengikuti program-program di bawah Fakulti Sains Kesihatan. Biasiswa Unisel ini diwujudkan dalam usaha membantu golongan B40-M40 untuk menyertai Program Sains Kesihatan UNISEL.

Calon yang layak akan menerima wang saku percuma sebanyak RM300 sebulan untuk 10 bulan setahun sepanjang tempoh pengajian.

 

Calon wajib mengambil pinjaman PTPTN atau memperoleh penajaan yuran pengajian daripada mana-mana organisasi.

Pelajar wajib mendapat sekurang-kurangnya GPA 2.00 bagi setiap semester

Pelajar wajib mengikuti struktur pengajian yang telah ditetapkan atau diluluskan oleh fakulti.

Asrama, uniform dan peralatan kejururawatan adalah PERCUMA.

 

Pelajar wajib membayar balik semua pembiayaan SELFA yang telah diterima sekiranya GAGAL / BERHENTI / DIBERHENTIKAN dari pengajian.

Pelajar tidak boleh menukar program

Permohonan SELFA

Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang melalui butang mohon di bawah: