Ruginya Siapa Yang Benci Kopi!!!!! Baca ni Anda Mesti Terkejut Akan Kelebihan Kopi

Share This Post

Penulis:

Tidak kiralah samada di kedai kopi biasa, kedai-kedai kopitiam sehinggalah latte tanpa lemak dengan lelehan caramel sebagai hiasan di Starbucks, rakyat Malaysia sememangnya gemarkan kopi! Secara purata, rakyat Malaysia meminum 2.5 cawan kopi setiap hari.

Khasiat kopi sebenarnya banyak. Ia dipenuhi dengan antioksida dan nutrisi-nutrisi bermanfaat yang boleh meningkatkan tahap kesihatan. Berikut adalah khasiat kopi untuk kesihatan semua.

  1. Kopi Boleh Meningkatkan Tahap Tenaga dan Membuatkan Anda Lebih Bijak

    Sudah banyak kajian yang dijalankan ke atas manusia berkaitan kesan pengambilan kopi ke atas fungsi otak. Ini termasuklah daya ingatan, mood, kewaspadaan, tahap tenaga, reaksi dan fungsi kognitif.
  2. Kopi Boleh Membantu Membakar Lemak

    Kajian yang lain pula menunjukkan bahawa kafein boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak, sehingga 10% pada orang yang obese, manakala 29% pada orang yang kurus.
  3. Kopi Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal

    Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan.Secara kasar, kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal seseorang sebanyak 11-12 peratus.Oleh sebab itu, wajarlah anda meminum kopi setengah jam sebelum memulaka kerja yang berat.
  4. Kopi Memiliki Nutrisi Yang Baik

    Antara yang anda dapat dalam secawan kopi adalah:
    Riboflavin (Vitamin B2)
    Pantothenic Acid (Vitamin B5)
    Manganese dan Potassium
    Magnesium dan Niacin (B3)
  5. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2

    Untuk beberapa sebab, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kencing manis tahap 2. Kajian menunjukkan bahawa orang yang minum kopi mengalami 23-50% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit tersebut. Satu kajian lain mendapati pengurangan sehingga 67%!
  6. Kopi Boleh Mengurangkan Risiko Parkinson

    Menurut kajian sains, peminum kopi mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak minum sebanyak 32-60%
  7. Kopi Boleh Melindungi Hati

    Hati merupakan satu organ yang memainkan peranan penting dalam sistem badan. Dan kebanyakan penyakit ini boleh membawa kepada masalah seperti sirosis. Bedasarkan kajian, kopi boleh melindungi hati anda daripada penyakit sirosis ini.
  8. Kopi Boleh Melawan Kemurungan dan Membuatkan Anda Lebih Gembira

    Berdasarkan satu kajian oleh Harvard pada tahun 2011, wanita yang minum 4 cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 20%.
  9. Kopi Mencegah Risiko Beberapa Jenis Kanser

    Kanser merupakan penyebab kematian di seluruh dunia. Ia berlaku kerana terdapat pertumbuhan tidak normal pada sel badan. Kopi dipercayai boleh melindungi anda daripada 2 jenis kanser:
    • Kanser hati
    • Kanser kolon

    Kajian menunjukkan bahawa peminum kopi boleh mengurangkan risiko mendapat kanser hati sebanyak 40%
    AMARAN !!
  10. Jangan minum kopi secara berlebihan. Pengambilan kafein yang terlalu banyak setiap hari boleh memudaratkan kesihatan. Jangan terlebih dos.
  11. Bagi sesetengah orang, kopi boleh menyebabkan rasa pening. Dan sesetangah orang lain pula, kopi boleh menghilangkan rasa pening.
  12. Kopi boleh menyebabkan anda rasa ingin membuang air besar, tapi bukan berlaku kepada semua orang.

Sumber rujukan : https://www.infopelajar2u.com/

Oleh : Faizah binti Amran
Fakulti Sains Kesihatan
Universiti Selangor

More Articles