Biasiswa SELFA-UNISEL

Jumlah elaun bulanan sehingga RM12,000

student 1-selfa

selfa

Syarat-syarat Biasiswa SELFA-UNISEL

  1. Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia.
  2. SELFA ditawarkan bagi calon yang lulus temuduga UNISEL.
  3. Calon yang layak akan menerima wang saku percuma sebanyak RM300 sebulan untuk 10 bulan setahun sepanjang tempoh pengajian.
  4. Calon mestilah adalah dari golongan B40 dan M40 (<RM8000) berdasarkan takrifan PTPTN.
  5. Calon wajib mengambil pinjaman PTPTN atau memperoleh penajaan yuran pengajian daripada mana-mana organisasi.
  6. Pelajar wajib mendapat sekurang-kurangnya GPA 2.00 bagi setiap semester.
  7. Pelajar wajib mengikuti struktur pengajian yang telah ditetapkan atau diluluskan oleh fakulti.
  8. Pelajar wajib membayar balik semua pembiayaan SELFA yang telah diterima sekiranya GAGAL / BERHENTI / DIBERHENTIKAN dari pengajian.
  9. Pelajar tidak boleh menukar program.
  10. Jumlah bulan bayaran SELFA bagi setiap semester dan jumlah maksimum bulan adalah seperti berikut:

  11. Calon mestilah mendaftarkan diri sebagai pelajar di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Selangor bagi salah satu daripada program-program berikut:
    • Diploma Fisioterapi (HS303)
    • Diploma Pengimejan Perubatan (HS305)
    • Diploma Kesihatan Persekitaran (HS304)
    • Diploma Teknologi Makmal Perubatan (HS302)
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan (HS406)
    • Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan Persekitaran (HS408)
    • Ijazah Sarjana Muda Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (HS404)

Syarat Kemasukan Program Fakulti Sains Kesihatan

Lulus SPM atau peperiksaan setaraf dengan kredit untuk 5 mata pelajaran
berikut:

  • Matematik
  • 1 mata pelajaran sains (Sains Umum/Sains Gunaan/Biologi/Fizik/Kimia); dan
  • 3 mata pelajaran lain;
  • Lulus Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris

Permohonan SELFA

Klik butang dibawah untuk memohon Biasiswa SELFA-UNISEL