World Cancer Day 2025

World Cancer Day 2025

Tahukah anda 4 Februari tiap-tiap tahun kita sambut World Cancer Day, tapi tahun ni tema dia memang sangat menarik – “United by Unique”. Tema ni mengingatkan kita yang setiap perjalanan pengidap kanser tu sangat personal. Bayangkan, setiap diagnosis bukan sekadar “penyakit” je, tapi ada cerita di sebaliknya – cerita tentang kesakitan, harapan, kekuatan, dan juga kasih sayang. 🫶

Dekat Malaysia ni, kita mesti ada kenal seseorang yang pernah lalui atau tengah berdepan dengan kanser – kawan, keluarga, atau kita sendiri. Sebab tu lah, kempen ni nak remind kita semua tentang pentingnya people-centred care. Maksudnya, kita tak hanya fokus pada rawatan je, tapi kita kena tengok whole person – apa keperluan dia, apa perasaan dia. Bila rawatan tu dilaksanakan dengan penuh empati dan kasih sayang, hasilnya insyaAllah lebih baik. 

Tahun ni, let’s ubah mindset kita – jangan hanya lihat “pesakit” semata-mata, tapi kenali manusia di sebalik diagnosis tu. Setiap orang ada perjalanan dan pengalaman yang berbeza, tapi kalau kita semua bersatu, insyaAllah kita boleh sama-sama cipta dunia yang lebih baik untuk mereka yang sedang diuji ini. 

Apa yang anda boleh buat? Simple je – kalau ada kawan or family yang sedang berperang dengan kanser, be there for them. Dengarkan cerita mereka tanpa judgement. Kalau anda ada pengalaman, boleh juga share untuk inspire orang lain. Nampak simple tapi saya percaya ia mampu memberi impak yang besar. 

So, this World Cancer Day, let’s sama-sama bergerak ke arah masa depan yang lebih penuh harapan, compassion dan understanding. Kita semua ada peranan dalam mengubah dunia ni jadi lebih baik. Jom, let’s rewrite the future of cancer care! 

#UnitedByUnique #WorldCancerDay2025 #PeopleCentredCare #KitaJagaKita #HopeForCancerFighters  #FSKUNISEL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *