5 Tips Mudah Setup Tempat Kerja Lebih Ergonomik

Share This Post

Penulis:

Mohd Amir Arshad

Anda mungkin tidak menyedari bahawa keadaan pejabat yang tidak ergonomik boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti sakit belakang, sakit leher, sakit bahu, dan sakit kepala. Oleh itu, penting untuk memastikan bahawa persekitaran pejabat mempunyai rekabentuk dan susunan ergonomik yang betul.

Sumber: DFW Laser Spine Institute

Disini saya ingin kongsikan beberapa tips untuk memastikan pejabat anda mempunyai rekabentuk dan susunatur ergonomik yang baik:

Kerusi: Pastikan kerusi yang anda duduk mempunyai sokongan yang mencukupi pada bahagian belakang. Pastikan juga kaki anda cecah pada lantai dengan selesa. Jika perlu, gunakan bantal untuk menyokong bahagian belakang anda atau mengalas kaki dengan “foot rest” jika ia tergantung.

Meja: Pastikan meja pejabat mempunyai ketinggian yang sesuai dengan tubuh bandan anda. Meja yang terlalu rendah atau terlalu tinggi boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit leher. Pastikan juga meja anda mempunyai ruang yang mencukupi untuk kaki anda.

Komputer: Pastikan komputer anda berada pada ketinggian yang betul. Skrin komputer anda harus berada pada ketinggian mata. Jangan biarkan skrin terlalu rendah atau terlalu tinggi. Jika anda menggunakan laptop, pastikan anda menggunakan “laptop stand” untuk adjust view mata dengan skrin. Consider juga untuk menggunakan “external keyboard” dan “external mouse” bagi pengguna laptop.

Cahaya: Pastikan pejabat mempunyai pencahayaan yang mencukupi. Cahaya yang terlalu terang atau terlalu “gloomy” boleh menyebabkan sakit mata dan sakit kepala. Pastikan anda mempunyai cahaya yang mencukupi untuk membaca dokumen anda dengan mudah.

Break: Pastikan anda mengamalkan “pause” atau berhenti seketika apabila sekian lama memandang skrin atau duduk. Cuba berdiri dan berjalan-jalan sebentar setiap jam. Ini boleh membantu melancarkan peredaran darah dan dalam masa yang sama mengurangkan risiko sakit belakang dan sakit leher.

Dengan memastikan pejabat anda mempunyai rekabentuk dan susunatur yang lebih ergonomik, anda boleh mengurangkan risiko masalah kesihatan yang berkaitan dengan pekerjaan anda. Always ingat untuk break seketika semasa bekerja dan melakukan stretching jika nature perkerjaan anda lebih kepada statik. Semoga tips ini dapat membantu anda bekerja dengan lebih selesa dan selamat. Selamat mencuba!

More Articles