Memacu Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja Melalui Kursus Penilaian Risiko Ergonomik Awal

Share This Post

Penulis:

Mohd Amir Arshad

Pada tarikh 12 hingga 13 September 2023, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Selangor telah menganjurkan satu kursus berkenaan “Initial Ergonomic Risk Assessment”yang telah diadakan di i-zone bangunan satelit Universiti Selangor.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang mendalam tentang latihan penilaian ergonomik kepada peserta. Seramai 15 orang peserta yang terlibat terdiri daripada para pensyarah dan pegawai sains. Objektif utama kursus ini adalah untuk melahirkan individu yang terlatih dalam bidang ergonomik, yang diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Malaysia.

Penceramah yang bertanggungjawab dalam sesi pembelajaran ini adalah Ir. Ts. Dr. Ahmad Khushairy bin Makhtar dari Human Factors and Ergonomics Malaysia (HFEM). Dengan pengetahuan dan pengalaman beliau yang meluas dalam bidang ini, peserta kursus pasti mendapat manfaat daripada pandangan dan maklumat yang dikongsi oleh beliau.

Peserta diberi peluang untuk memahami betapa pentingnya penilaian risiko ergonomik dalam mengekalkan kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Mereka telah diajar tentang kaedah-kaedah terkini dalam menganalisis dan mengatasi masalah ergonomik di tempat kerja.

Kursus “Initial Ergonomic Risk Assessment” ini adalah satu langkah positif dalam memastikan bahawa Universiti Selangor mempunyai tenaga kerja yang cemerlang dan keselamatan yang terjamin di tempat kerja. Diharapkan bahawa pengetahuan yang diperoleh oleh peserta kursus ini akan terus memberi impak positif dalam komuniti akademik dan industri luar.

More Articles