Pelajar UNISEL Anjur Program Etika Batuk dan Bersin di Tadika

Share This Post

Penulis:

Mohd Amir Arshad

Sebuah program etika batuk dan bersin telah diadakan oleh pelajar-pelajar Diploma Kesihatan Persekitaran dari Universiti Selangor (UNISEL) di Tadika Suria Perdana, Puncak Perdana pada 24 Januari 2024. Program ini bertujuan untuk mendidik dan memupuk kesedaran kepada pelajar tadika tentang kepentingan etika batuk dan bersin dalam usaha mengekang penyebaran penyakit berjangkit, terutamanya COVID-19.

Program ini dijalankan dengan kaedah slideshow, simulasi, video dan kuiz yang menarik dan interaktif. Para pelajar tadika telah diberikan pendedahan tentang cara-cara menutup mulut dan hidung dengan tisu atau siku apabila batuk atau bersin, membuang tisu yang digunakan ke dalam tong sampah, dan membasuh dan membersihkan tangan selepas batuk atau bersin. Program ini juga telah memberikan demonstrasi tentang contoh-contoh etika batuk dan bersin yang betul dan salah.

Pensyarah pelajar UNISEL, Mohd Amir Bin Arshad, berkata program ini adalah sebahagian daripada kursus Pendidikan dan Promosi Kesihatan yang diambil oleh pelajar-pelajar yang terlibat bagi semester terkini. Beliau juga berharap program ini dapat memberi manfaat kepada pelajar tadika dan masyarakat umum dalam mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul. Program ini telah berakhir pada jam 12:15 tengah hari dengan sesi bergambar dan bersurai.

More Articles