Tips Keselamatan untuk Mengurangkan Risiko Anak Tertinggal di dalam Kereta

Share This Post

Penulis:

Mohd Amir Arshad

Setiap kali mendengar berita kes kematian anak yang tertinggal di dalam kereta, pasti kita merasa sedih dan terkejut. Kejadian ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, sekiranya mereka lalai, terburu-buru, atau berlaku perubahan jadual harian. Anak yang ditinggalkan di dalam kereta berkunci boleh mengalami kepanasan, sesk nafas atau kecederaan lain yang boleh membawa maut.

Oleh itu, sebagai ibu bapa, kita perlu mengambil langkah-langkah pencegahan dengan mengamalkan beberapa kaedah keselamatan bagi mengingatkan diri tentang keberadaan anak di dalam kereta, terutamanya di tempat duduk belakang. Kaedah-kaedah ini boleh membantu kita mengurangkan risiko kegagalan kognitif, iaitu keadaan di mana kita tidak menyedari atau terlupa sesuatu yang penting.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi enam tips keselamatan yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan risiko anak tertinggal di dalam kereta. Kami juga akan kongsikan beberapa alat bantuan yang menggunakan teknologi terkini untuk memberi amaran kepada anda jika anak anda berada di dalam kereta. Jom lihat tips-tips berikut:

1. Cermin Keselamatan Tempat Duduk Belakang

Ini adalah cermin tambahan yang dipasang di dalam kereta untuk membolehkan anda melihat anak anda di tempat duduk belakang dengan hanya memandang cermin pandang belakang biasa. Dengan adanya cermin ini, anda dapat lebih peka akan keberadaan anak anda di belakang.

2. SensorSafe

Ini adalah klip pintar yang dipasang pada tali pinggang tempat duduk bayi. Klip ini akan menghantar amaran keselamatan terus ke telefon anda jika anak ditinggalkan di dalam kereta. Alat ini menggunakan aplikasi telefon pintar yang perlu disepadankan dengan klip. Pastikan telefon anda sesuai dengan alat ini sebelum membelinya. Anda boleh melawat laman web rasmi SensorSafe untuk maklumat lanjut.

3. Skrin Monitor Kereta

Anda juga boleh memasang skrin monitor kereta di bahagian dahsboard kenderaan. Skrin ini akan memaparkan video live anak anda dari kamera yang dipasang pada tempat sandar kepala. Dengan ini, anda tidak perlu memalingkan kepala untuk memeriksa anak anda semasa memandu. Proses pemasangan skrin ini juga agak mudah. Anda hanya perlu menyambungkan wayar dan mencucuknya pada soket rokok.

4. Mainan Anak

Anda juga boleh menggunakan mainan anak-anak sebagai cara untuk mengingatkan anda bahawa anak anda ada di belakang. Contohnya, anda boleh meletakkan mainan yang berbunyi apabila digerakkan atau anak patung yang berwarna terang dan bersaiz besar di tempat duduk belakang. Dengan adanya mainan ini, anda akan lebih mudah melihat atau mendengar anak anda di dalam kereta.

5. Barang Penting

Anda juga boleh meletakkan barang penting yang anda perlukan di tempat duduk belakang. Contohnya, anda boleh meletakkan beg tangan bagi para ibu atau kasut bagi para ayah di samping tempat duduk bayi. Dengan ini, anda akan teringat untuk mengambil barang anda sebelum keluar dari kereta, dan sekali gus mengambil anak anda juga.

6. Slap Bracelet

Anda juga boleh menggunakan gelang slap atau slap bracelet yang comel untuk mengingatkan anda bahawa anak anda ada di belakang. Anda hanya perlu memakainya pada pergelangan tangan semasa memandu. Anda akan sentiasa melihat gelang ini di stereng dan ingat bahawa anak anda duduk di belakang. Jika anda terlupa, mungkin ada rakan sekerja yang akan menegur anda tentang gelang ini kerana ia sangat menarik perhatian.

Selain daripada tips-tips di atas, anda juga boleh mengamalkan beberapa amalan lain yang boleh meningkatkan keselamatan anak anda di dalam kereta. Contohnya, anda boleh:

  • Jika boleh, elakkan meletakkan car seat di bahagian belakang.
  • Jadikan rutin untuk menyemak tempat duduk belakang sebelum keluar dari kereta.
  • Letakkan beg susu anak di sebelah tempat duduk pemandu.
  • Aktifkan fungsi “Child Reminder” dalam aplikasi Waze. Anda hanya perlu pergi ke bahagian tetapan, pilih “Reminder” dan “Child Reminder”. Waze akan mengingatkan anda apabila anda sampai ke destinasi anda.
  • Create reminder dalam phone. Anda boleh taip nota seperti “Dah ambil anak di tempat duduk belakang?” pada peringatan telefon anda untuk sentiasa berjaga-jaga.

Kesimpulan

Kes kematian kanak-kanak akibat tertinggal di dalam kereta merupakan isu yang sangat menyedihkan bagi setiap ibu bapa. Terdapat banyak langkah proaktif yang parent boleh ambil bagi mengurangkan risiko kes seperti ini berlaku di masa hadapan.

Sebagai pasangan, anda haruslah sentiasa berkomunikasi dengan baik apabila berlaku perubahan jadual yang melibatkan anak anda. Komunikasi yang baik dapat mengelakkan dari perkara yang tidak diingini. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Kongsi tips ini jika anda rasa bermanfaat. Semoga anda terus peka dan kita doakan agar tiada lagi kes-kes bayi atau kanak-kanak kecil meninggal dunia akibat tertinggal di dalam kereta.

More Articles