Hari Pneumonia Sedunia

Share This Post

Penulis:

Apakah itu Pneumonia?

Pneumonia merujuk kepada semua jenis keradangan paru-paru di mana air berkumpul dalam kantung udara atau alveolus paru-paru. Keadaan ini boleh berpunca termasuk dari jangkitan bakteria, virus, fungus, atau parasit terhadap paru-paru.

Pneumonia boleh berlaku dari skala ringan hingga mengancam nyawa. Risiko yang serius sering berlaku kepada kanak-kanak kecil, warga emas, dan individu yang mempunyai sistem imuniti yang rendah.

Hari Pneumonia Sedunia diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang kepentingan meningkatkan imuniti badan kita dengan mengamalkan gaya kehidupan sihat, bagi mengurangkan risiko pneumonia.

Selamat Menyambut Hari Pneumonia Sedunia daripada Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Selangor!

Fakulti Sains Kesihatan

Universiti Selangor

More Articles