Penaksiran Risiko Ergonomik Sebagai Pendekatan Proaktif

Share This Post

Penulis:

Oleh: Ts Dr Mohd Zubairy Shamsudin

Penaksiran risiko ergonomik merupakan pendekatan yang digunapakai untuk mengurus ergonomik tempat kerja. Dalam pengurusan ergonomik, penaksiran risiko dilakukan untuk mengenalpasti, menilai dan mengawal faktor risiko ergonomik kerja dan aktiviti.

Antara faktor risiko ergonomik yang wujud seperti postur janggal, pergerakan berulang-ulang, kerahan tenaga tinggi, postur pegun/statik, titik sentuhan, getaran dan faktor persekitaran yang berkaitan.

penaksiran risiko ergonomik

Garis Panduan Penilaian Risiko Ergonomik di Tempat Kerja 2017 menghuraikan proses penaksiran risiko ergonomik dikelaskan kepada pendekatan proaktif dan reaktif. Penaksiran risiko proaktif dilakukan untuk saringan atau mendapatkan penanda aras risiko ergonomik di tempat kerja.

Ia merangkumi aspek penilaian kendiri pekerja, pemeriksaan lapangan oleh orang yang terlatih dan melakukan aktiviti semakan/rujukan dokumen sedia ada di tempat kerja. Manakala penaksiran risiko reaktif dilakukan apabila terdapat komplain, laporan rasmi berkaitan penyakit/gangguan rangka-otot oleh pekerja dan apabila diminta oleh pengamal perubatan (doktor kesihatan pekerjaan/ mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan).

Penaksiran Risiko Ergonomik

Proses penaksiran risiko ergonomik merangkumi dua (2) peringkat:

  1. Peringkat 1 – Penaksiran risiko ergonomik awal (initial Ergonomic Risk Assessment)
  2. Peringkat 2 – Penaksiran risiko ergonomik lanjutan (advanced Ergonomic Risk Assessment)

Kedua-dua peringkat penaksiran risiko ergonomik perlu dilaksana oleh orang yang terlatih untuk melakukan penaksiran (Ergonomic Trained Person, ETP). Orang yang terlatih adalah seseorang yang telah menghadiri kursus penaksiran risiko ergonomik dan berkeupayaan untuk melakukan penaksiran risiko dan / atau menjalankan kursus ergonomik kepada pekerja dan organisasi.

Orang yang terlatih harus mencadangkan langkah-langkah kawalan atau pencegahan yang munasabah untuk memperbaiki keadaan tempat kerja sekaligus mengurangkan risiko ergonomik sedia ada.

More Articles