Geramnya..! Kenapa Asyik Aku Je Yang Kena Gigit? Manis Sangat Ke Darah Aku Ni?

Share This Post

Penulis:

Mohd Jaamia Qaadir Mohd Badrin

Haaa… Ada sebab kenapa nyamuk memilih orang-orang tertentu untuk digigit dan dihisap darah. Seringkali kita berhadapan dengan situasi ini, nyamuk memang cenderung untuk memilih mangsanya, terutama mereka yang berdarah O. Darah O ni manis ke? Jawapannya tentulah tidak, namun darah O mempunyai ciri-ciri tertentu menjadikannya ‘menyelerakan’ untuk si nyamuk menghisap.

Kajian menunjukkan nyamuk lebih banyak hinggap pada orang berdarah O jenis perembes, yakni, mereka yang berkebolehan merembeskan antigen di dalam cecair badan yang dikeluarkan, berbanding mereka yang tergolong dalam jenis bukan perembes. Ini antara sebab mengapa mereka berisiko untuk lebih mudah dihidu oleh si nyamuk.

Namun, kajian spesifik mengenai ciri-ciri tertentu darah O yang menjadi pilihan nyamuk masih belum dilakukan. Kadar gigitan si nyamuk juga lebih tinggi bagi mereka yang lebih kuat berpeluh, memandangkan mereka mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida yang menjadikan badan mereka mudah dihidu oleh si nyamuk. Jadi, mereka yang gemar bersukan dan beriadah di luar rumah perlu berhati-hati dalam memilih kawasan riadah yang berisiko dengan kehadiran si nyamuk.

Selain itu, elakkan dari memakai pakaian berwarna gelap yang menyerap haba, meninggikan risiko mudah dikesan oleh si nyamuk. Memandangkan nyamuk banyak mendatangkan mudarat sebagai agen pembawa penyakit berbahaya seperti denggi, zika, malaria dan chikungunya, adalah lebih baik kita berhati-hati bila berada di kawasan berisiko tinggi dan mengamalkan amalan menghalau nyamuk yang efektif. Ingat, mencegah lebih baik dari mengubati.

Layari http://fsk.unisel.edu.my/ untuk maklumat program yang ditawarkan di Fakulti Sains Kesihatan UNISEL. Kemasukan akan datang pada 9 November 2020.

Rujukan (Artikel):

Annual Review of Entomology. Vol. 58:433-453 (Volume publication date January 2013)

First published online as a Review in Advance on September 27, 2012

https://doi.org/10.1146/annurev-ento-120811-153618

Rujukan (Gambar): www.abc.net.au

More Articles